Khamis, 22 Disember 2011

APAKAH KHASIAT COKLAT??






Menurut kajian, coklat adalah kaya dengan antioxidant. 
Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh.
Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
Tetapi coklat hitam harganya lebih mahal.

Coklat hitam juga merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.



Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan.
Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk.
Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori.
Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan.
Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.
Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu  stress.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).













Khamis, 1 Disember 2011

Resepi Roti Tortilla (Lempeng Mexico)

ROTI TORTILLA
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil kecil garam
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar shortening
3/4 atau 1 cwn air
*sedikit minyak untuk menyalutnya supaya tidak melekat semasa memerapnya
*sedikit tepung gandum untuk digunakan semasa mencanai

CARA_CARA;
1. Gaul tepung, garam, baking powder bersama shortening
2. Kemudian di uli lembut dengan air. Gaul sehingga menjadi 1 doh.
3. Kepal-kepal sama saiz menjadi 5 ketul (kalau melekat kat tangan lumurkan sedikit minyak)
4. Perapkan 10min dalam mangkuk yang berbalut dengan kain lembap
5. Ambil seketul, canai nipis membulat serta taburkan sedikt tepung gandum
6. Goreng tanpa minyak dengan api kecil
7. boleh dihidangkan dengan stik, dengan sambal tumis pun sedap atau digulung (inti daging ayam+colesow seperti twister KFC)